Tarian Menora
Tarian Menora

Tarian Menora

Tarian Menora (Jawi: منورا, Bahasa Thai: มโนราห์, มโนห์รา manora) atau nora (Bahasa Thai: โนรา)[1] adalah sejenis drama tari nyanyi yang berasal dari wilayah Melayu lama di Semenanjung Tanah Melayu yang kini merangkumi kawasan Pantai Timur Malaysia dan Thailand Selatan. Persembahan ini didasarkan legenda Manohara dalam dongengan Jataka berunsur Buddha yang telah menjadi sebati dengan masyarakat Melayu dan Thai sejak zaman-berzaman.[2]Tarian ini adakala tidak begitu disambut baik dalam kalangan pemerintah moden rantau tersebut kerana unsur-unsur agama yang ditonjolkan - ia pernah diharamkan di Kelantan bersama wayang kulit dan makyong oleh Parti Islam Se-Malaysia yang menduduki negeri itu pada tahun 1991.[3]